Nampaknya ada saja dalam kalangan kita yang tidak dapat “move on” dari pemimpin-pemimpin masa silam yang sanggup mengeluarkan kenyataan seolah-olahnya untuk menarik perhatian dan menyinggung perasaan orang ramai.
Sumber: https://says.com/my/news/dr-m-says-chinese-using-chopsticks-to-eat-a-reason-why-it-s-hard-to-form-a-m-sian-identity
Beginilah cubaan Tun Dr Mahathir untuk menghebohkan buku terkininya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”. Tun M sekali lagi mengguna taktik kegemarannya yang melibatkan unsur-unsur perkauman dan perbezaan kaum bagi menutupkan segala kegagalannya semasa menyandang jawatan Perdana Menteri sepanjang 22 bulan dalam rejim Pakatan Harapan.
Apakah logiknya menggunakan analogi kaum Cina menggunakan penyepit untuk makan bermaksud mereka tidak mahu berasimilasi bersama kaum Melayu yang menggunakan tangan semasa makan? Ini merupakan pandangan masa silam yang sudah pun ketinggalan, malah menyinggung perasaan kaum Cina yang sudah lama bertapak di negara ini yang berbilang kaum dan berbilang bangsa. Terbuktinya Tun Dr Mahathir ini sebenarnya tidak percaya mahupun menerima bahawa Malaysia ini sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya.
Tiada bezanya Tun M dengan diktator seperti Stalin atau Hitler di mana mereka telah menzalimi orang dengan pandangan dunia mereka yang sempit dan secara terus terang, tidak padan dengan zaman sekarang. Perlu kita ingat bahawa Tun M pernah memburukkan nama umat Islam sedunia dengan kenyataannya bahawa “Umat Islam berhak...untuk membunuh jutaan rakyat Perancis” semasa membalas ucapan Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa Islam menghadapi krisis persepsi disebabkan unsur ekstremis di kalangan ummah Islam. Adakah ini kata-kata ini sepatutnya dinyatakan oleh seorang “negarawan” yang kononnya disegani pemimpin sedunia? Nampaknya kata-kata dan intelek Tun M tidak padan dengan hormat yang diberinya oleh orang ramai. Tidak salah untuk ada pandangan peribadi, akan tetapi ianya hanya pandangan peribadi seseorang itu. Masalah timbul apabila orang seperti Tun M gatal sangat nak luahkan pandangan kolot dan ketinggalan mereka. Kita tengoklah semasa zaman kerajaan PH. Siapakah yang mempertahankan dan melindungi Dr Zakir Naik, seorang pendakwah Islam yang telah didakwa di India atas kesalahan menyebarkan ucapan benci dan ekstremis?
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kalau-hantar-zakir-naik-pulang-nanti-dia-kena-bunuh-tun-m-214878
Ini telah menyebabkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dengan India dan hasilnya India telah mencetuskan boikot dalam urusniaga dengan syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia sehingga rugi berbilion ringgit!
Perkara ini sangat tidak bermaksud akal kerana Tun M ini sebenarnya keturunan India Islam dari Kerala, India. Apakah beliau ini bagai kacang melupakan kulit dan menyinggung perasaan bukan sahaja rakyat tempatan yang berbilang bangsa, malah menyinggung perasaan negara lain, khususnya negara Asia yang kuat seperti India? Nampak sangat hasrat Tun M dalam membangunkan Malaysia hanyalah berasaskan retorik perkauman dan pembahagian kaum. Apa bezanya dengan penjajah British zaman dahulu? Adakah Tun M masih layak memimpin negara ini sedangkan pandangan politiknya sudah ketinggalan?
Sudahlah Tun Dr Mahathr memalukan kita di persada dunia. Agaknya sudah tiba masanya rakyat Malaysia sedar bahawa masalah perkauman ini puncanya dari Tun Dr Mahathir. Pemecahan kaum-kaum negara kita juga puncanya Tun Dr Mahathir. Dia ini hanya seorang diktator rasis yang zalim dan sanggup menjatuhkan kaum lain dan negara sendiri demi kepuasan hati dirinya. Umpama kata peribahasa, menang sorak, kampung tergadai. Baik pihak media berhenti melayan Atok ini yang uzur dan nyanyuk sebelum lebih lagi masalah perkauman timbul. Demi Malaysia Baru, undurlah Tun Dr Mahathir. Zaman kamu sudah pun lalu.

Comments
Post a Comment