Apabila kedengaran nama Tun Dr. Mahathir, maka teringat juga nama panggilan di atas, dan juga keperitan yang dialami oleh rakyat semasa zaman pemerintahannya. Dari 1981 sehingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga awal 2020, Tun Dr. Mahathir menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Rakyat banyak menderita dalam kedua-dua zaman pemerintahannya, boleh dikatakan bahkan diktator. Atas alasan membangunkan negara, Tun Dr. Mahathir menggadaikan maruah bangsa Melayu demi mengejar kejayaan dan kekayaan diri dan keluarganya.
Tun Dr. Mahathir ini seorang ekstremis juga. Pada tahun 2020, Tun Dr Mahathir telah disenaraikan dalam senarai Top 20 Most Dangerous Extremists Around the World oleh Counter Extremism Project. Pernah beliau mengatakan adalah wajar untuk membunuh orang Perancis setelah mereka diserang pengganas. Adakah ini lambang pemimpin yang berwibawa?
Sumber: https://www.counterextremism.com/content/top-20-extremists
Tergamak juga beliau sanggup melindungi ekstremis lain seperti pendakwah kontroversial, Zakir Naik sehingga enggan mengusirnya dari Malaysia balik ke India untuk menghadapi tuduhan menyebarkan ucapan benci. Tun M juga telah mengkiritk hal dalaman negara India termasuk isu Kashmir yang menyebabkan hubungan dua hala kedua-dua negara semakin tegang. Kerajaan India bertindak balas dengan menghentikan pembelian minyak kelapa sawit dari Malaysia melalui skim cukai berlainan. Akhirnya beribu-ribu peniaga dan pengusaha ladang-ladang kelapa sawit kecil terpaksa menanggung pengurangan pendapatan dan juga kerugian akibat keangkuhan seorang diktator tua ini.
Tidak hairanlah, sedangkan Tun Dr. Mahathir seringkali memberi ucapan benci secara terbuka. Tun Dr. Mahathir suka sangat nak salahkan George Soros sebagai punca Krisis Kewangan Asia 1997 sehinggakan George Soros tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Apakah alasan Tun Dr. Mahathir ketika itu? Katanya George Soros adalah seorang Yahudi yang cuba menjahanamkan nilai ringgit demi keuntungan diri.
Masalahnya, sudah terang lagi bersuluh kita boleh lihat persamaan antara Tun Dr. Mahathir dengan George Soros. Kedua-dua mereka sanggup menjahanamkan negara dan rakyat demi keuntungan diri. Mereka ini sebenarnya sama sahaja. Cukuplah retorik Tun. Kita boleh lihat betapa kaya raya Tun Dr. Mahathir dan keluarganya. Akhirnya bila nilai RM menjunam akibat reaksi George Soros dan proksi-proksi antarabangsa – rakyat Malaysia rugi besar terutamanya bila membuat pertukaran wang asing ataupun transaksi perniagaan antarabangsa.
Anak-anak dan cucu-cucunya semua hidup mewah dan selesa. Agaknya sepanjang pandemik Covid-19 ini mereka langsung tidak menghadapi sebarang kesusahan. Malah mereka sendiri pun langsung tidak tampil ke depan untuk membantu rakyat. Sebaliknya mereka kekal meraih duit rakyat untuk menjadi lebih kaya. Tengoklah si Mukhriz yang melepaskan pegangan saham berjuta-juta. Berapakah nilai saham itu? Mesti ratusan juta! Akan tetapi tiada pula sebarang inisiatif oleh Mahathir dan keluarganya untuk membantu golongan daif yang menghadapi kesukaran di negara ini. Menjijikkan!
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/mukhriz-dan-isteri-lepaskan-pegangan-saham-utama-opcom-282562
Maklumlah, Tun Dr. Mahathir seorang yang anti-miskin. Dia bukannya tidak mahu rakyat miskin, itu bukan pandangannya. Tun Dr. Mahathir bencikan golongan yang miskin. Definisi miskin itu bagi Tun Dr. Mahathir adalah jika anda bukan jutawan atau bilionair. Jelaslah Mahathir ini bencikan rakyat biasa kerana menjadi miskin. Antara retoriknya adalah memberitahu golongan miskin untuk bersyukur kerana tidak perlu membayar cukai pendapatan seperti mereka yang kaya, dan orang miskin patut lebih gigih berusaha untuk mencapai kejayaan daripada mengeluh dalam kemiskinan.
Pernah juga Tun Dr. Mahathir menasihati golongan muda untuk mengewangkan hobi mereka. Tergamak dia cakap begitu. Adakah Mahathir ingat golongan muda ini malas bekerja? Adakah dia ini tidak faham akan keperluan moden pelbagai bidang pekerjaan? Kenyataan seperti itu seharusnya ditinggalkan di zaman silam. Tun Dr. Mahathir seorang diktator yang zalim dan kita sebagai rakyat patut bersyukur kerana dia tidak lagi menyandang jawatan kepimpinan di negara ini. Mahathir telah memusnahkan Malaysia sehinggalah terjadi kemelut politik terkini.
Sumber: https://www.1media.my/2020/09/kemelut-politik-malaysia-salah-tun.html
Cukuplah Tun. Baik undur dan fokus kepada amalan beribadat...sudah lama rakyat bersabar kerana hidup dalam kesusahan dan menanggung kerugian kerana perangai angkuh dan ketamakan kuasa Tun.
Comments
Post a Comment