Syed Saddiq Menghampakan Rakyat


Pada lewat malam Rabu terdapat kejutan dengan laporan berita bahawa seorang bekas Menteri Belia dan Sukan akan didakwa di mahkamah pada pukul 9 pagi, hari Khamis untuk kesalahan pecah amanah. Terfikir dalam minda saya, siapa lagi selain Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman?

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/733383/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-rm1juta-salah-guna-wang-kempen

Sudah lebih setahun sejak beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan susulan aduan bahawa beliau telah menyeleweng duit dalam kapasitinya sebagai Ketua Armada Bersatu.
Hari ini kita semua lihat kebenaran itu akhirnya timbul. Kebenaran yang selama ini telah selamat disembunyikan oleh bijak pandai Syed Saddiq dengan taktik media sosial dan lakonannya bagai wakil rakyat yang berfungsi. Akhirnya kita boleh nampak wajah sebenar Syed Saddiq. Seorang yang mengikuti jejak politikus lama, seorang yang cuba menipu kita semua dengan ‘jenama politik yang baru’.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/92480/BERITA/Nasional/Syed-Saddiq-dipanggil-SPRM-lagi

Sepanjang ini, kita telah menganggap Syed Saddiq sebagai harapan baru untuk Malaysia. Dengan masuknya kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018, maka tercipta sejarah apabila beliau menjadi orang paling muda di negara ini untuk menyandang jawatan menteri. Orang ramai, khususnya golongan belia yang sebelum ini cuba mengelakkan isu-isu politik kini mengambil kisah terhadap pentadbiran negara kerana Syed Saddiq. Beliau telah memberi inspirasi kepada golongan muda bahawa masih ada lagi insan yang inginkan terbaik untuk rakyat dan negara.

Namun begitu, setinggi-tingginya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dengan dakwaan pecah amanah jumlah sebanyak RM1.12 juta, sudah terang lagi bersuluh siapakah Syed Saddiq sebenar. Beliau telah terpengaruh dengan politik wang yang sudah kian lama dipraktikkan oleh ayahanda politiknya, Tun Dr. Mahathir. Agaknya ini satu lagi kes di mana seorang ahli politik muda diracuni mindanya oleh seorang diktator. Nak rasa marah pun tak boleh. Hanya hampa dan kecewa.
Adakah ini wakil rakyat yang sepatutnya kita sokong? Seorang hipokrit yang sering menyuarakan ketidakpuasan terhadap kelembapan pihak berkuasa untuk bertindak membanteras rasuah sedangkan beliau turut terpalit dalam perbuatan jenayah rasuah? Landasan moral tinggi beliau kini sudah lesap. Agak memalukan juga apabila berita ini turut dilaporkan oleh balai berita antarabangsa.

Sumber: https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-syed-saddiq-muar-mp-cbt-rm1-million-bersatu-15266826

Dengan dakwaan ini, maka jelaslah sepanjang masa ini dari tahun lepas sehinggalah kini bahawa usahanya membantu rakyat di Muar bukannya demi rakyat, malah hanyalah tindakan damage limitation dalam menantikan nasibnya. Tak perlu kita berfikir panjang apakah niatnya dalam memuat naik postingan media sosial yang sering keterlaluan.

Alasan Syed Saddiq dan para penyokongnya bahawa dakwaan ini adalah berunsurkan politik hanyalah cubaan mengalihkan sentimen negatif dan cubaan mengawal naratif. Namun begitu, rakyat sudah pandai menilai. Adakah Malaysia mampu beralih dari mengharapkan golongan politikus yang mengamalkan rasuah? Inilah persoalan yang perlu kita semua sebagai rakyat pertimbangkan. Yang jelasnya ialah Syed Saddiq bukanlah harapan untuk masa depan Malaysia.

Comments