Syed Saddiq Menumpang Kejayaan Petugas Barisan Hadapan


Tempoh hari Ahli Parlimen Muar telah memuat naik hantaran di Twitter yang memuji daerah Muar di Johor yang mencapai Imuniti Kelompok. Katanya, 100% rakyat dewasa Muar dijangka akan lengkap vaksin dua dos dalam masa 2-3 minggu lagi. Ini sememangnya berita yang baik untuk rakyat Muar dan seluruh Johor, namun nampaknya Syed Saddiq semata-matanya telah menumpang kejayaan usaha barisan hadapan sedangkan bukan beliau yang menguruskan program vaksinasi ini.

Umum kita semua tahu bahawa pemimpin yang telah menerajui usaha melawan wabak Covid-19 di Johor adalah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Sejak bermulanya program vaksinasi kebangsaan, baginda telah giat berusaha dan meneliti secara terperinci pengurusan pandemik Covid-19 di Johor.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/09/09/johor-to-set-up-covid-19-task-force-led-by-tmj

Sumber: https://makmurjohor.com/covid-19/tmj-lawat-ppv-persada-johor/

Titah baginda, kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan dan juga dipercepatkan supaya imuniti kelompok boleh dicapai di Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor bukan sahaja setakat menzahirkan titah, malah telah mengadakan perjumpaan dengan pakar-pakar kesihatan awam seperti Dato’ Prof. Dr. Adeeba binti Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja untuk mendapatkan nasihat dan menubuhkan jawatankuasa pengurusan pandemik di Johor.

DYAM Tunku Mahkota Johor juga telah mengadakan perjumpaan kerap dengan ketua-ketua jabatan dan agensi yang berkenaan supaya pengurusan pandemik diselaraskan. Baginda turut memberi kenyataan mengenai perkembangan semasa pembekalan vaksin ke Johor dan berjaya memperolehi bekalan vaksin atas inisiatif sendiri baginda untuk diagihkan ke PPV di seluruh Johor bagi kegunaan rakyat.

Tambahan pula, baru-baru ini dilaporkan di media arus perdana bahawa terdapat para guru yang menolak vaksin Covid-19 di Johor. Memandangkan sekolah bakal dibuka semula dan kes positif harian yang semakin meningkat, DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri mengambil inisiatif untuk berjumpa dan mendengar segala kemusykilan mereka demi mencari penyelesaian yang memanfaatkan semua pihak.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/854518/tmj-mahu-jumpa-779-guru-tolak-divaksin

Inilah ciri-ciri pemimpin yang bijaksana dan berwibawa. Adakah baginda menumpang kejayaan yang telah dicapai hasil usaha para barisan hadapan? Tidak, sebaliknya baginda terus meningkatkan usaha kerana bertekad untuk memenuhi janji dan komitmen kepada rakyat.

Syed Saddiq pula hanya reti membikin video TikTok untuk menambah popularitinya. Apakah usaha yang boleh kita lihat yang secara langsung menyumbang kepada kejayaan program imunisasi di Johor? Adakah beliau satu-satunya menguruskan pandemik dan program vaksinasi di Muar sehingga mencapai imuniti kelompok? Sudah tentunya beliau hanya reti membuat gimik supaya beliau tidak akan dikutuk oleh pengundi Muar kerana tidak menjalankan amanahnya.

Sepanjang pandemik ini, kita hanya nampak Syed Saddiq membuat gimik-gimik media sosial untuk kekal popular. Tengoklah parti politiknya, MUDA. Ianya satu contoh hasil usaha yang gagal bagi Syed Saddiq. Sehingga hari ini, MUDA masih tidak mendapat kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Lebih-lebih lagi, para pemimpinnya sering mengguna Syed Saddiq sebagai ‘poster boy’ kerana mereka lebih bersifat reaksi daripada proaktif.

Wayang Syed Saddiq ini pun sangat ironi, selalunya beliau memberi sebab beliau menyertai politik. Selalunya sebab yang diberi adalah untuk “membersihkan Malaysia”. Macam mana Syed Saddiq ingin membersihkan Malaysia sedangkan beliau turut terbabit dalam kes-kes menyeleweng duit semasa beliau menjadi Ketua Armada Bersatu? Boleh kata sudah melakukan dua kesalahan di sana. Mengamal rasuah, dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/08/05/syed-saddiq-didakwa-dua-pertuduhan-pengubahan-wang-haram/

Sumber: https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-syed-saddiq-muar-mp-cbt-rm1-million-bersatu-15266826
Syed Saddiq hanya muda dari segi penampilannya. Dari segi pemikirannya, agak kolot dan berpaksikan “Malaysia Lama”. Tidak hairanlah beliau sebegini, ayahanda politiknya kini sudah berusia lebih 95 tahun. Mungkin Syed Saddiq sengaja mengambil kesempatan untuk meraih populariti diri sendiri dengan memaparkan rakyat Muar yang hidup penuh kesusahan dan hanya beliau mampu membantu dan membela mereka.
Daripada mengadakan kempen kutipan derma untuk membiayai kos guaman kes-kes rasuahnya, lebih baik untuk Syed Saddiq menggunakan duit itu untuk membantu warga Muar yang daif seperti yang selalu dikatakan beliau. Adakah ianya wajar untuk Syed Saddiq meminta duit daripada rakyat yang beliau sendiri akui menghadapi kesukaran sedangkan beliau pernah meraih gaji sebanyak RM50 ribu semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan?

Sumber: https://says.com/my/seismik/syed-saddiq-dedah-elaun-menteri-terima-netizen-berang-elaun-pinggan-mangkuk-sampai-rm42k

Sudah tentu orang yang menderma duit kepadanya rasa kekok dan marah kerana selalu kena ‘game’ dengan Syed Saddiq. Mereka juga mempunyai maruah yang perlu dijaga, dan bukan seolah-olahnya hanya untuk dipermainkan begitu.

Ramai yang sudah muak dengan perangai Syed Saddiq ini yang bersifat liberal dan keterlaluan. Tergamak beliau kini menumpang kejayaan dan pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19. Lain kali mungkin lebih baik Syed Saddiq betul-betul berusaha sebelum membuka mulut.

Comments