Baru-baru ini laman MSN Money telah menerbitkan laporan bertajuk “The richest world leaders who ever lived, ranked”. Laporan ini telah menyenaraikan pemimpin dunia yang terkaya di dunia. Tidak hairanlah apabila munculnya Tun Dr. Mahathir dalam senarai hampir 36 orang pemimpin dunia yang terkaya. MSN merupakan laman web milik Microsoft, boleh dikatakan ia merupakan antara laman web yang paling berpengaruh di dunia.
Sumber: https://www.msn.com/en-xl/lifestyle/topstories/the-richest-world-leaders-who-ever-lived-ranked/ss-AAPDN2E?ocid=UP97DHP&li=BBKxOg5#image=30
Laporan itu telah menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir mempunyai kekayaan peribadi yang berjumlah 45 bilion dolar Amerika Syarikat. Jika ditukar kepada ringgit, hampir RM187 bilion! Ini merupakan kekayaan yang sangat, sangat luar biasa dan sudah tentunya tiada siapa lagi di negara ini yang pernah memegang duit sebanyak itu. Cuba bayangkan, Belanjawan 2020 hanya diperuntukkan sebanyak RM314.7 bilion. Kekayaan Tun Dr Mahathir pula hampir 60 peratus daripada jumlah Belanjawan 2020! 60 peratus daripada jumlah duit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk seluruh negara bagi satu tahun! Persoalan seterusnya mestinya bagaimanakah Tun Dr Mahathir dapat mengaut kekayaan yang begitu banyak. Ramai mungkin rasa ini berkait dengan tempoh beliau memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri untuk 22 tahun. Ya, ini betul. Namun gaji Perdana Menteri Malaysia hanyalah lebih kurang RM23 ribu sebulan. Jika di kali gandakan pun, gaji tahunan Perdana Menteri hanyalah sebanyak RM276 ribu dan sepanjang 22 tahun hanyalah berjumlah lebih kurang RM6 juta. Mustahil untuk Tun Dr Mahathir meraih kekayaan $45 bilion dolar AS hanya dengan gaji Perdana Menteri. Beliau sendiri pun mengakui bahawa Perdana Menteri tidak boleh jadi jutawan!
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/perdana-menteri-tidak-boleh-jadi-jutawan-tun-mahathir-318226
Ya, mesti ada cara lain yang kurang jelas kepada rakyat, suatu yang melibatkan kroni-kroni dan keluarganya. Sehingga hari ini, Tun Dr Mahathir tidak dapat dikaitkan dengan kes penyelewengan duit. Ini kerana beliau mewujudkan sistem kroni dan proksi yang membolehkan beliau dan keluarganya mendapat kontrak-kontrak atas alasan membangunkan negara, namun di sebaliknya harga kontrak ini telah dinaikkan supaya keuntungan itu boleh diambil oleh proksi Tun Dr Mahathir. Antaranya yang paling terkenal adalah Tun Daim Zainuddin yang turut menyimpan kekayaan Tun Dr Mahathir di bank Swiss miliknya iaitu ICB Banking Group. Baru beberapa minggu yang lepas rangkaian menyeleweng duit ini didedahkan oleh Kertas Pandora.
Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/04/pandora-papers-shed-light-on-offshore-assets-linked-to-daim-who-insists-not/2010569
Sistem ini masih digunakan sehingga hari ini, dan apabila Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan Tun Dr Mahathir menjadi semula Perdana Menteri, beliau cuba menyekat sistem kroni ini supaya hanya proksi yang didampingi Tun (seperti Tun Daim Zainuddin dan Robert Kuok) yang dapat kontrak-kontrak kerajaan yang lumayan.

Kata Tun Dr Mahathir sendiri bahawa beliau tidak hidup mewah. Akan tetapi beliau tinggal di rumah agam yang besar sekali di Seri Kembangan. Jika beliau menganggap rumah sebesar ini tidak mewah, sangat jelas beliau mempunyai cita rasa yang jauh lebih mewah. Anak-anaknya juga tinggal di rumah agam masing-masing yang besar dan cantik. Kemewahan ini sangat jarang untuk rakyat biasa nikmati. Tetapi bagi Tun Dr Mahathir ini hanyalah kebiasaan dalam hidupnya dan mereka yang tidak setarafnya adalah orang yang pemalas dan tidak suka kerja.
Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/10-rumah-pemimpin-pemimpin-malaysia-serba-mewah-18251

Sudah terang lagi bersuluh Tun Dr Mahathir ini bukan sahaja sangat kaya, namun beliau memandang rendah terhadap orang yang serba kekurangan. Ini turut dibuktikan dalam pelbagai kenyataan lepas beliau yang seringkali menggambarkan kaum Melayu yang pemalas, dan tidak suka bekerja. Bahkan beliau sendiri yang menyatakan beliau sendiri telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu semasa mengumumkan persaraannya terdahulu. Alangkah sedihnya Tun Dr Mahathir betul-betul gagal membela kaum Melayu dan rakyat Malaysia. Bukannya disebabkan kemalasan atau keengganan bekerja, malah disebabkan Tun Dr Mahathir sendiri dengan sistem kroni dan proksi serta keluarganya yang boros dan mengayakan sendiri dengan duit rakyat. Sudah tiba masanya pihak berkuasa seperti SPRM dan Bank Negara membuka kertas siasatan untuk mencari punca kekayaan Tun Dr Mahathir dan keluarganya. Sudah tiba masanya keadilan disampaikan. Agak pentingnya untuk negara ini dibersihkan daripada diktator korupsi ini.
Comments
Post a Comment