Mahathir dan Syed Saddiq: Penggerak Agenda Liberal Di Malaysia

 
Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menyatakan bahawa parti beliau akan terus mendukung usaha dalam mengurangkan jurang kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, di samping juga menjaga kebebasan dan kepentingan ekonomi bagi rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pejuang-ikrar-perkasa-dasar-liberal-rakyat-bukan-melayu-330977

Mahathir berkata orang Melayu telah hilang kuasa ekonomi dan politik di negara ini, dan harus dipimpin olehnya supaya tidak akan jauh ketinggalan.

Menurut Mahathir juga, walaupun Pejuang merupakan sebuah parti Melayu, menyokong Pejuang adalah sama seperti menyokong Malaysia di mana kepentingan kaum bukan Melayu akan terus dijaga – seolah-olah hanya Pejuang yang mampu untuk menjaga hak rakyat Malaysia.

Tetapi hakikatnya Mahathir sedang giat memperkukuhkan agenda liberalnya di seluruh negara, kita dapat lihat sendiri dengan anaknya Marina Mahathir yang merupakan penyokong kuat agenda liberal di Malaysia. Sumber https://www.malaysiakini.com/letters/409931


Kini cucu kesayangan Mahathir yang bernama Syed Saddiq pula yang memikul tanggungjawab menyebarkan agenda liberal di Malaysia, dalam sebuah video viral Syed Saddiq telah menyatakan bahawa subjek keagamaan perlu dimansuhkan di dalam skema pembelajaran di universiti-universiti negara. Menurut Saddiq, ia hanyalah membuang masa pelajar dan tidak mampu untuk mengeluarkan graduan yang mampu untuk meraih peluang di pasaran pekerjaan.

Sumber: https://www.facebook.com/119783238701436/posts/855816145098138/

Lihat sendiri apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq ini

Tun juga kerap mengutuk orang Melayu miskin dengan menyuruh mereka supaya bekerja keras dan jangan merungut, di samping mengaut segala kekayaan negara untuk keluarga beliau. Bukan orang Melayu sahaja yang dikenakan oleh orang tua ini, kaum bukan Melayu juga turut terpalit dengan keadaan ekonomi yang diporak-perandakan oleh Tun Dr Mahathir.

Malah beliau juga sering memperlekehkan agamawan-agamawan di negara ini, seperti yang sedang dibuat oleh Syed Saddiq

Syed Saddiq pada hari ini berfungsi sebagai sebuah boneka Tun dalam memperkasakan lagi ideologi liberal anti Melayu beliau. Apakah logik di sebalik memansuhkan subjek keagamaan di universiti? Bukankah pelajar universiti itu sepatutnya mempelajari pelbagai bidang secara holistik?

Hakikatnya punca mengapa graduan universiti susah mencari kerja adalah kerana keadaan ekonomi yang tenat setelah pemerintahan Tun Mahathir – di mana semua sektor dijarahkan untuk kroni kroni beliau. Sudah tentu keluarga Tun sendiri tidak menghadapi masalah yang sama seperti graduan tempatan dari keluarga yang biasa.

Tidak adil bagi boneka Mahathir yang munafik ini untuk menuding jari kepada subjek subjek keagamaan yang jelas membawa kebaikan kepada semua.

Sudah-sudahlah, kita semua tidak harus terus memberi ruangan media kepada ahli-ahli politik yang tidak sedar seperti Tun Dr Mahathir dan Syed Saddiq ini, yang jelas out of touch dengan rakyat biasa.

Sila sedar diri, ataupun berhenti bercakap.

Comments