Syed Saddiq, Talam Dua Muka


 
Baru-baru ini Syed Saddiq dan parti MUDA telah mencuri perhatian media massa dengan pengumumannya bahawa MUDA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal diadakan menjelang 20 November ini kerana bercanggah pendirian dengan Pakatan Harapan atas penerimaan ‘katak’ politik dari UMNO sebagai calon dalam PRN Melaka.

Walaupun tindakan ini berasaskan politik berprinsip dan wajar dipuji, namun perlu kita lihat siapa yang membuat keputusan itu atas alasan politik berprinsip. Syed Saddiq tidak layak untuk dipuji kerana mengamalkan politik berprinsip. Mungkin ramai sudah lupa, tetapi pada zaman Pakatan Harapan menjadi kerajaan, beliau telah dengan semangatnya mengalu-alukan penyertaan bekas ahli-ahli UMNO untuk masuk Bersatu.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/11/06/syed-saddiq-says-muda-rejected-pakatan-for-taking-in-frogs-sitting-out-mela/2018921

Hasilnya kita semua tahulah, apa yang berlaku dalam jangka masa setahun sahaja. Beliau sendiri dikhianati oleh parti gagasannya yang penuh dengan katak politik dari UMNO. Kenapa Syed Saddiq tidak menyuarakan pendapatnya pada ketika itu? Ataupun beliau dalam kenaifannya telah mengikuti Tun Dr Mahathir dengan membuta tanpa menimbangkan kebaikan dan keburukan itu terdahulu?
Syed Saddiq sepatutnya menjadi seorang contoh yang baik untuk anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang politik. Masalahnya, apakah ini sifat hipokrit untuk menyalahkan Pakatan Harapan kerana menerima bekas ahli UMNO sebagai calon, sedangkan beliau telah berbuat demikian semasa beliau menyertai Pakatan Harapan di bawah Bersatu?

Memang tidak masuk akal untuk Syed Saddiq menarik diri dan partinya dari bertanding di Melaka hanya disebabkan penerimaan katak politik oleh Pakatan Harapan, sedangkan MUDA bukanlah parti komponen Pakatan Harapan. Nampaknya ini merupakan sebahagian daripada perkara yang lebih besar, iaitu rundingan kerusi yang gagal membawa sebarang hasil. Tidak boleh dinafikan bahawa rakyat menanti-nantikan debut MUDA dalam pilihanraya, tetapi malangnya parti di bawah pimpinan Syed Saddiq telah selama setahun lebih ini tidak membawa sebarang perubahan kepada landasan politik negara. Sebaliknya, kita rakyat hanyalah mendapat alasan daripada beliau. Bilalah MUDA nak mula? Kenapa tidak mahu teruskan bertanding, atau sebenarnya beliau takut kalah?
Rakyat perlu tahu kebenarannya mengenai Syed Saddiq. Beliau sebenarnya tiada masalah dengan menerima katak politik. Lihatlah dan nilaikan sendiri ciapan Twitter beliau terdahulu yang kini dengan mudahnya telah dipadamkan. Kata beliau pada masa itu, ada ruang untuk bertolak ansur dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berpendirian yang sama.

Sumber: https://twitter.com/meinmokhtar/status/1457627303928745991?t=t7oWVLGOq50XzQC0ZNAuPg&s=19

Jadi apakah yang membuat beliau mengubah pandangan terhadap katak politik? Keputusan beliau boleh dibandingkan budak emosi yang telah dinafikan kehendaknya. Sepatutnya beliau patut memperkasakan kedudukan MUDA sebagai alternatif yang dinamik dan menarik untuk PRN Melaka. Kata nak lawan katak politik dengan politik berprinsip. Akhirnya, langsung tiada calon. Jadi macam mana parti MUDA boleh dapatkan kepercayaan rakyat? Ada juga yang mengkritik Syed Saddiq kerana kurang memahami kerja dalaman politik kebangsaan, dan kebelakangan ini ia sangat jelas.

Rakyat kini sudah berasa hampa dengan Syed Saddiq dan parti MUDA. Ramai yang pada asalnya menyertai parti tersebut sudah pun tinggalkan Syed Saddiq kerana beliau suka membuat keputusan mengikut emosi. Kita perlukan perubahan yang berasaskan prinsip dan bukan prinsip yang boleh diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian semasa. Anak-anak muda negara berhak mendapat pemimpin muda yang berkaliber dan tidak berkompromi dengan cara politik lama. Syed Saddiq ini hanya memanjangkan masalah-masalah yang dihadapi politik Malaysia. Tidak hairanlah nanti beliau kalah di Muar pada PRU 15 kelak. Kesimpulannya, Syed Saddiq hanya menyembunyikan kegagalannya memimpin parti MUDA atas alasan tidak dapat kerusi untuk bertanding semasa PRN Melaka. Bila MUDA nak mula?

Comments