Ramai mungkin sudah tahu bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia ataupun MUDA gagasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan parti yang mendorong dan memperjuangkan agenda liberal di negara ini. Namun begitu, ramai yang kini khuatir sama ada MUDA ini benar-benar memperjuangkan idealisme liberal atau hanya berwayang untuk mendapat sokongan daripada orang muda yang senang terpedaya dengan jenama politik Barat?
Satu isu yang besar adalah isu LGBT yang menjadi topik kegemaran ahli-ahli politik negara dan sering dijadikan sensasi di media sosial. Sebenarnya apabila MUDA diasaskan, komuniti LGBT telah menyuarakan harapan mereka bahawa parti itu akan menyokong dan memperjuangkan agenda mereka. Namun begitu siapa boleh lupakan perbuatannya terhadap bekas setiausaha akhbarnya, Numan Afifi? Ketika Syed Saddiq menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, dia telah melantik Numan Afifi, seorang aktivis LGBT sebagai setiausaha akhbarnya. Apabila ahli-ahli partinya menyuarakan bantahan, Numan terpaksa meletak jawatan pulak. Bukan sahaja itu, malah Syed Saddiq terus berlakon di depan media bahawa dia menyokong Numan akan tetapi di sebaliknya telah menyuruh Numan supaya letak jawatan.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2018/07/356032/numan-afifi-letak-jawatan
Tergamak pulak Syed Saddiq nak kata kepadanya bahawa dia boleh panggilnya ‘bro’. Pada ketika itu, Syed Saddiq dihentam teruk oleh komuniti LGBT kerana tidak mempertahankan Numan, malah membiarkan dia dijadikan kambing korban. Syed Saddiq sendiri pun tidak lagi memberi sokongannya dan mendiamkan diri apabila ditanya mengenai pendiriannya terhadap LGBT.
Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/10/syed-saddiqs-call-me-bro-backfires-after-numan-afifis-resignation/
Jadi pada masa kini, apabila MUDA kononnya sudah mula, ramai juga yang ingin tahu apakah pendirian MUDA terhadap LGBT? Nampaknya sangat tidak ketara kerana ada juga mereka yang mengamalkan pergaulan bebas. Tengoklah gambar-gambar di atas. Jelas sekali bahawa perangai MUDA ini sama sahaja dengan Syed Saddiq. Di depan semua kata tiada kaitan dengan LGBT, tetapi di sebaliknya cuba menyebarkan agenda LGBT. Namun begitu, persoalannya masih sama. Apakah pendirian MUDA terhadap LGBT? Kenapa takut sangat nak membuat pendirian itu secara umum?
Adakah MUDA takut ia akan membawa masalah kurang sokongan dalam kalangan pengundi Melayu Islam? Adakah MUDA sebenarnya tidak memandang serius perjuangan agenda LGBT dan hanya inginkan sokongan mereka sekadar meraih undi bagi PRU15 yang bakal tiba? Semasa musim banjir baru-baru ini, Kumpulan JEJAKA yang diketuai oleh Numan Afifi telah dilaporkan bekerjasama dengan Parti MUDA untuk memperjuangkan nasib golongan LGBT yang terjejas akibat banjir. Masalahnya apabila banjir melanda, ia tidak memilih mana-mana orientasi seksual. Dalam masa itu, semua pun kena. Jadi kenapa MUDA bekerjasama dengan JEJAKA hanya untuk membantu golongan LGBT, sedangkan secara rasminya ia tidak mempunyai pendirian yang jelas terhadap golongan LGBT? Adakah mereka menyokong agenda LGBT atau tidak? Dan jika ingin tolong dengan ikhlas, mengapakah hanya menghulurkan bantuan kepada golongan LGBT sahaja dan bukan semua rakyat Malaysia?
Jika MUDA ini mendakwakan bahawa ia mewakili golongan belia dalam persada politik Malaysia, perlu adanya pendirian terhadap LGBT yang lebih jelas. Isu ini tidak boleh dibiarkan kerana ia penting bagi orang muda negara ini. Jangan-jangan MUDA sudah mula diambil alih oleh mereka yang kononnya memperjuangkan agenda LGBT tetapi sebenarnya hanya ingin sokongan dan undi mereka.

Comments
Post a Comment