Pernah tak anda ternampak ucapan Tahun Baru Cina Syed Saddiq di laman media sosial baru-baru ini? Kalau anda perasan – ada seorang Ah Moi yang turut sama berdiri bersebelahan beliau.
Sebenarnya Ah Moi tersebut bukanlah sebarangan individu. Seperti biasa, mana mungkin Syed Saddiq akan melayan individu yang tidak berduit? Sumber: Laman Twitter Syed Saddiq
Ah Moi ini bernama Dian Lee. Dian ini merupakan salah seorang anak kepada taikun Tan Sri Lee Kim Yew yang merupakan pengasas dan pemegang saham terbesar The Mines Resort dan Country Heights Holdings. Dian ini baru berjinak-jinak dengan politik sejak Tun Mahathir menceburi semula bidang politik beberapa tahun lalu. Sebelum ini, Dian ini hanya pedulikan buat duit sahaja. Kalau kebanyakan rakyat Malaysia yang berumur 20-an masih berikat perut, Dian sudahpun mempunyai syarikat hartanah sendiri pada usia 22 tahun! Sumber: https://generationt.asia/people/dian-lee-1
Mesti anda ada terfikir kan…macam mana Dian ini boleh secara tiba-tiba rapat dengan Syed Saddiq?
Tak payah fikir panjang. Tan Sri Lee Kim Yew, bapa kepada Dian, sebenarnya merupakan rakan bisnes kepada Tun Mahathir. Kalau anda tak percaya, boleh rujuk sendiri rekod SSM sedia ada. Bukan sahaja Tun Mahathir mempunyai lebih daripada 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad, Tun Mahathir juga merupakan salah satu daripada Pengarah kepada syarikat FlyJet Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi bersama Tan Sri Lee Kim Yew. PEGANGAN SAHAM TUN MAHATHIR DALAM GOLDEN HORSE PALACE BERHAD TUN MAHATHIR JUGA MERUPAKAN PENGARAH FLYJET SDN. BHD. BERSAMA TAN SRI LEE KIM YEW
Jelaslah bahawa Tun Mahathir dan Tan Sri Lee Kim Yew ini mempunyaI hubungan istimewa yang “win-win”.
Beginilah caranya Syed Saddiq dapat mengenali Dian yang kaya-raya ini. Kalau dulu Dian tak boleh menyertai BERSATU kerana tidak berbangsa Melayu, Dian kini sudah boleh terlibat dengan Parti MUDA. Kini, sudah ada ura-ura untuk Dian bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sebenarnya, penyertaan Dian dalam politik negara ini tak akan ada apa-apa impak pun kepada rakyat marhaen. Dian ini konon-kononnya turun padang untuk berikan bantuan kepada penduduk kampung. Tidak mustahil kan kalau dana bantuan yang digunakan adalah daripada poket bapa Dian sendiri, iaitu Tan Sri Lee Kim Yew? Anda perlu faham bahawa Tan Sri Lee Kim Yew ini adalah seorang ahli perniagaan yang hanya memikirkan untung rugi. Projek beliau di The Mines Resort di Seri Kembangan tidak akan jalan kalau bukan disebabkan pengaruh Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua masih akrab sampai sekarang. Sampaikan Dian Lee ini sendiri dapat berkawan rapat dengan cucu sulung Tun Mahathir, Ineza Roussille, yang juga merupakan anak kepada Marina Mahathir. Kalau anda nak tahu, Dian Lee dan Inez pernah bersama menerbitkan dokumentari “M for Malaysia”.
Persoalannya, adakah Dian Lee ini hanya merupakan satu lagi proksi kepada Tun Mahathir menerusi Parti MUDA? Kalau Syed Saddiq dapat dijadikan sebagai “poster boy” Parti MUDA, ada kemungkinan Dian Lee juga merupakan percaturan Tun Mahathir untuk memastikan Parti MUDA ini dapat terus bergerak. Maklumlah, Dian ini kan anak kepada seorang jutawan! Win-win mah!
Terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab berkenaan hubungan empat penjuru antara Tan Sri Lee Kim Yew, Dian Lee, Tun Mahathir dan Syed Saddiq. Yang pasti, kalau rakyat masih tidak berhati-hati, kita semua akan terperangkan dengan politik anak muda yang sebenarnya hanya merupakan satu lagi proksi kepada legasi kuku besi Tun Mahathir.

Casinos Near Me: These Casinos in the USA Will Be Able To Pick Your
ReplyDeleteA few of the best slots on 안산 출장안마 the block are: Wolf 서귀포 출장샵 Gold, Mega Moolah, and Cleopatra. Casinos in New Jersey – New Jersey (NJ), West Virginia 안산 출장안마 (WV), 안동 출장안마 and 구미 출장마사지 Atlantic