Baru beberapa hari yang lepas berita hangat dilaporkan bahawa penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan kes dadah, iaitu menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama. Ini merupakan kesalahan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati! Apabila Yasin di bawa ke Mahkamah Majistret tempoh hari, dia hanya menyatakan sepatah kata kepada para wartawan yang hadir – “Kirim salam kepada YB Syed Saddiq”. . Apakah yang dimaksudkan oleh Yasin dengan kenyataan itu? Mari kita cuba tafsirkan maksud tersirat ini... Pertama sekali, Yasin telah menambah bahawa dia memohon agar Syed Saddiq dapat menyegerakan kelulusan dadah jenis kanabis untuk perubatan. Masalahnya, apa yang Syed Saddiq mampu buat dalam situasi ini? Dah lah pembangkang, pembangkang yang tidak fungsi pulak tu!
Pernah kita lihat Syed Saddiq dengan semangatnya pada awal-awal menyokong kelulusan dadah kanabis untuk perubatan. Namun begitu, dalam setahun lebih ini tiada lagi kenyataan mahupun sentuhan mengenai isu ini daripada Syed Saddiq sendiri. Biasalah, sikit-sikit supaya cukup syarat sahaja. Orang ramai panggil perangai macam ni budak poser. Namun begitu, adakah kenyataan Yasin ini sebenarnya menuju kepada maksud yang lain? Adakah Syed Saddiq juga terlibat dalam aktiviti yang melibatkan dadah? Mungkin dia pengguna dadah jugak...manalah kita tahu? Banyak soalan ni.. Adakah Syed Saddiq membeli ganja dari Yasin? Mesti adanya penghubung antara kedua-dua mereka. Apa yang boleh diramalkan ialah Syed Saddiq bukan sahaja penyokong penggunaan dadah seperti ganja, malah dia seorang pengguna juga.
Agak malang apabila orang muda yang diberi kepercayaan untuk memimpin turut terlibat dalam jenayah dan gejala sosial iaitu penggunaan dan pengedaran dadah. Mungkin dadah itu digunakan untuk tujuan perubatan. Akan tetapi undang-undang negara kita belum berubah. Kesalahan itu tetap menjadi kesalahan. Jadi, apa yang kita boleh nampak disini adalah keperluan untuk siasatan yang menyeluruh terhadap Syed Saddiq mengenai hubung kait dia dengan Muhammad Yasin.
Jika Syed Saddiq terlibat dalam jenayah dadah, dia perlu menjawab di mahkamah. Pihak polis pun tidak boleh mengamalkan sikap berat sebelah dalam membanteras aktiviti dadah. Mana-mana pihak yang berkompromi dengan penjenayah dadah perlu berdepan dengan muka pengadilan. Siasatan juga perlu dibuka bagi menyiasat zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, sama ada Syed Saddiq telah menjanjikan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menanam pokok ganja dan mengedar dadah.
Tergamak Syed Saddiq ingin membawa isu ini ke Parlimen. Gejala dadah adalah sesuatu yang merosakkan masyarakat dan rumah tangga. Siapakah yang akan menanggung kesilapan ini apabila masyarakat Malaysia hancur dan rumah tangga dimusnahkan disebabkan penggunaan dadah yang berleluasa? Adakah Syed Saddiq berani memperjuangkan kelulusan dadah sedangkan ini adalah angkara puak-puak liberal yang mengamalkan budaya yang langsung tidak padan dengan masyarakat Malaysia?
Bilakah Syed Saddiq akan sedar bahawa dialah yang akan memusnahkan negara tercinta ini dengan pandangan liberalnya? Baik pihak berkuasa menjalankan siasatan secepat mungkin. Jika Syed Saddiq didapati bersalah, maka dia perlu menjawab di mahkamah. Jangan kita lalai dan terpengaruhnya anak-anak muda kita yang sepatutnya memimpin negara ini pada masa depan pulak.

Comments
Post a Comment