Mahathir Hipokrit, Projek Kroni Terus ‘Dapat Sokongan’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak segan silu menyatakan sokongannya kepada projek tambak laut milik Widad Business Group Sdn Bhd di Langkawi.

Mahathir mendakwa ia merupakan projek yang baik dan menerima jumlah pelaburan yang tinggi.

Jika tidak silap, projek yang sama ditangguhkan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/business/60341/dr-mahathir-backs-810ha-langkawi-land-reclamation-project

Bagi yang tidak tahu, kerajaan negeri Kedah baru-baru ini menerima pembayaran komitmen sebanyak RM4.5 juta untuk meluluskan berkenaan yang melibatkan pembinaan 99 buah pulau dalam satu kerjasama antara Widad Business Group dan sebuah syarikat asing dari United Arab Emirates? Antara komponen projek ini adalah rumah kelab dan padang golf, projek perumahan dan pusat beli belah.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/23/projek-tambak-laut-rm40-bilion-langkawi-seperti-dirancang-kata-sanusi/

Menurut para aktivis alam sekitar, projek ini akan menjahanamkan kestabilan ekosistem marin perairan Langkawi, seperti mana yang terjadi di negara-negara Arab di Timur Tengah. Bahkan, ada kemungkinan pasir dan batu juga akan dikuari dari Langkawi itu sendiri dan mengakibatkan pencemaran udara kepada penduduk setempat.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/42633/99-reclaimed-islands-a-death-knell-for-langkawi-environment-tourism-warn-ngos

Dan mengapa pula beliau kembali menyokong projek tersebut meskipun sebelum ini menolak projek berkenaan ketika menjadi Perdana Menteri kelapan.

Ketika menjadi Perdana Menteri keempat, Mahathir lebih dikenali sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autoritarian dan digelar diktator oleh kebanyakan pihak.

Sewaktu 'terdesak' mahu merampas semula kerusi pentadbiran daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU-14, Mahathir mengubah coraknya dengan bersikap lebih populis.

Mahathir membuat video sedih bersama anak-anak kecil, berjalan bersama orang ramai di bazaar dan sebagainya bagi menarik 'simpati' rakyat.

Maka, tidak hairan mengapa Mahathir menolak projek itu ketika menjadi PM8 kerana mahu menonjolkan dirinya sebagai seorang yang populis.

Sumber: https://www.todayonline.com/commentary/mahathirs-reinvented-populism-has-weakened-ideological-barriers-what-next

Mengapa Mahathir menyokong projek bernilai RM40 bilion yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada alam sekitar di kawasan tersebut?

Mahathir sebenarnya tidak mempedulikan nasib penduduk Langkawi. Beliau hanya memomokkan orang ramai dengan mainan media yang mendakwa dirinya adalah arkitek pembangunan Langkawi.

Mahathir ketika di bawah Barisan Nasional (BN) banyak berjasa kepada Langkawi dan ramai penduduk masih terhutang budi padanya.

Namun, apa yang penduduk tidak sedari adalah sebuah pembangunan acuan Mahathir yang dipenuhi hotel-hotel lima bintang.

Tidak cukup itu, khabarnya Langkawi juga merupakan tempat tinggal sebahagian dari 40 ekor kuda Mahathir yang bernilai jutaan ringgit.

Sumber: https://penyusakti.wordpress.com/2018/05/01/mahathir-dan-langkawi/

Selain itu, pemaju hartanah yang mengetuai projek tersebut adalah Ting Pek Khiing. Pek Khiing merupakan sekutu rapat kepada Mahathir dan salah seorang ‘ahli kartel lama’ Mahathir, Tun Daim Zainuddin

Mahathir pernah meminta Pek Khiing menyiapkan sebuah projek pembinaan hotel di Langkawi dan didakwa turut terlibat dalam membina sebuah rumah Mahathir di Langkawi

Banyak lagi projek yang ‘dianugerahkan’ oleh Mahathir kepadanya ketika era pemerintahan Mahathir selama dua dekad, termasuklah pembinaan Empangan Bakun di Sarawak pada 1994.

Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/3079/sarawak-tycoon-ting-pek-khiing-dies
https://anilnetto.com/malaysian-politics/the-curse-of-bakun-the-fall-of-ting-pek-khiing/  

https://www.nst.com.my/business/2018/05/375256/ting-pek-khiing-start-rm30b-langkawi-new-city-project

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/06/01/amid-backlash-dr-m-says-tings-rm30b-langkawi-project-welcomed/1637453 

Itu belum diambil kira khabar angin mengenai harta-harta keluarga beliau di Langkawi.

Sebelum ini, bekas anggota Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Anina Saadudin meminta Mahathir menjelaskan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya memiliki 488 syarikat dengan kekayaan AS$44 bilion (kira-kira RM170 bilion).

Anina turut nendesak agar Mahathir menjelaskan bagaimana anak-anaknya mendapat begitu banyak keistimewaan dalam memperolehi begitu banyak kontrak dan tender-tender daripada kementerian dan GLC ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/423414

Namun, Mahathir beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau.

Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain.

Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat Tanjung Tiara Sdn Bhd. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah pengerusi kepada syarikat ini.

Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

https://www.malaysiakini.com/news/488229

Apa yang dilakukan oleh Tanjung Tiara atau Mukhriz Mahathir hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu rupa? Pada tahun 1994, Perdana Menteri Malaysia adalah Mahathir.

Pada tahun 2018, apabila PH mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara. Ini adalah bukti di mana Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah kepada ahli perniagaan dari China. Kali ini sejumlah 320 hektar hanya kepada satu syarikat China.

Sumber: https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Rakyat tidak perlu diingatkan tentang kekayaan Mahathir dan anak-anak beliau yang kesemuanya adalah jutawan dan hartawan.

Apabila ditanya tentang perkara berkenaan, Mahathir acapkali menempelak pihak yang mengkritiknya dengan mengatakan bahawa kejayaan anak-anak beliau adalah kerana kerja keras mereka sendiri dan tiada kena mengena dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri selama dua dekad.

Beliau juga menegaskan bahawa anaknya tidak kaya semasa beliau berkuasa.

Jika kenyataan ini benar, ini bermaksud keluarga Mahathir pastinya telah 'bekerja lebih keras' kerana jumlah kekayaan Marina, Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani mudah mengatasi sekurang-kurangnya 120 KDNK negara lain.
Untuk lebih spesifik:

1. Mokhzani memiliki 255 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$21 billion
2. Mirzan memiliki 156 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$17 billion
3. Mukhriz mempunyai 128 syarikat dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$13 billion
4. Marina mempunyai 52 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira AS$9 billion.

Tidak hairan mengapa Mahathir sentiasa mempertahankan ‘cara kerja’ anak-anak beliau. Selain itu, anak-anak Mahathir bukan hanya 'bekerja keras' untuk memiliki berbilion ringgit, tetapi mereka juga telah meletakkan diri mereka antara orang Melayu terkaya di dunia dengan menggunakan pengaruh politik Mahathir.

Comments